Friday, May 13, 2011

Ciung Winara Singapura

Ciung Winara adalah anak kelima dalam seramai sembilan adik-beradik. Beliau dilahirkan di kampung Chestnut Avenue batu 9 Bukit Timah Road. Anak berdarah Betawi ini adalah seorang yang tidak banyak bercakap kerana beliau lebih suka merendah diri daripada membangga-banggakan diri tiada mendatangkan faedah. Nauzubillah..dijauhkan.

Ciung Winara atau lebih dikenali sebagai Ciung Winara Singapura lebih dikenali sebagai seorang penyajak & penyair Di Singapura, Malaysia, Brunie dan Indonesia.

Beliau cenderung berkarya dalam genre penulisan berbentuk Sajak dan senikata lagu.Sajak-sajak beliau sering di siarkan di akhbar Berita Harian/ Berita Minggu. Cuma beliau masih belum menerbitkan buku. Insya-Allah sedang diusahakan.

Pada tahun 8o'an dan 90'an beliau begitu aktif berkarya. Menyumbangkan sajak-sajak beliau dengan mendeklamasikannya di radio.Seperti di NTUC Radio Heart 91.3Fm. Di Warna 94.2Fm. dan di radio Ria 89.7 Fm radio MediaCorp.

Ciung Winara kerap kali menerima undangan baca puisi. Seperti acara Bulan Bahasa di kelab-kelab masyarakat. Masjid, Acara jamuan makan malam anjuran Masjid Khadijah. Baca puisi di Masjid An-Na'adha. Membaca puisi dan melagukan puisi di pentas sederhana Perpustakaan Awam Jurong East dalam acara Sahut Puisi. Melagukan lagu-lagu puisi di acara Rentak Puisi anjuran
Kelab masyarakat Dover. Baca puisi dalam acara Pesta Seni Melayu Singapura di Taman Warisan. Baca Puisi NUsantara di Taman Warisan Melayu Singapura Istana Kampung Glam. Membaca puisi dan melagukan puisi dalam acara GIG SASTERA 2011 di Perpustakaan Awam Civic Centre di kawasan Woodlans.

Beliau juga seringkali di undang menyerikan majlis pelancaran buku-buku kumpulan puisi dan cerpen teman-teman penulis. Seperti pelancaran buku "Arus Teater" karya pena Sasterwan Tun Djamal Tukimin. Di pelancaran kumpulan puisi JakaBudi 2009.Di pelancaran kumpulan cerpen Peter Augustine Goh 2011 di perpustakaan awam Bedok. Beliau juga pernah mendeklamasikan sajak-sajak daripada kumpulan buku dan cerpen "Selingkar Kasih" karya bersama Zaleha Isnin, Hartini haron dan Ria Andrianna di perpustakaan awam Jurong East semasa pelancaran Kumpulan Cerpen dan Puisi Selingkar Kasih pada tahun 2008.

Pada tahun 2010, Ciung Winara telah diberikan satu penghormatan oleh Guru-Guru Bahasa Melayu Universiti Singapura. Beliau menerima undangan khas, diminta membaca puisi & watikah buat Sasterawan Negara Pak Suratman Markasan dalam acara Seminar Suratman Markasan dan Pelancaran Buku Puisi-Puisi Perjalanan karya Pak Suratman Markasan pada Sabtu 4 Disember 2010 di Muzium Universiti Kebangsaan Singapura.

Selain membaca puisi, Ciung Winara pernah diundang mengalunkan irama daripada alunan tiupan seruling bambu beliau mengiringi bacaan Watikah oleh Dj Warna 94.2 Fm radio mediaCorp yang tidak asing lagi iaitu Dj A B Shaikh buat President Jamiyyah dalam majlis yang gah sempena menyambut ulangtahun Jamiyyah yang ke 70tahun di Suntec City yang di hadiri oleh para tetamu orang-orang kenamaan dari dalam Negeri dan dari Luar Negeri.

Selain itu juga Ciung Winara Singapura sering juga diundang sebagai juri dan ketua juri disekolah-sekolah menengah di Singapura dalam acara -acara peraduan Talentime & peraduan Puisi Artistik.

Selain bakat Ciung Winara di persada dunia persuratan, beliau juga adalah seorang pemuzik, komposer, penulis senikata lagu, penyusun lagu dan penyanyi dari kumpulan WINARA.

Beliau sudahpun mempunyai 2buah album kompilasi bersama artis-artis baru dan lama. Album kompilasi beliau merupakan album Hari Raya dengan tajuk " Lambaian Lebaran." Dua buah lagu hari raya ciptaan beliau berjudul "Muhibah Hari Raya" dan "Jumpa Di Hari Raya" dimuatkan didalam album tersebut terbitan Klassique Music Publishing. Promosi album Hari Raya ini telah dipersembahkan di Tampiness Courts Mega Store.

Album kedua merupakan album kompilasi dengan barisan artis-artis baru dan lama. Dua buah lagu ciptaan Ciung Winara dengan judulnya " Siapalah Aku Di Matamu" dan 'Selagi Bunga Menyepi" dimuatkan dalam album GEMILANG1 terbitan Klassique Music Publishing. Promosi album GEMILANG 1 telah di persembahkan dalam acara Pameran Pengantin Singapore Expo, Hall 5.

Wassalam.

add ciung winara di FB klik SINI

No comments:

Post a Comment