Saturday, January 29, 2011

Perlancaran Album Mac Atmosphere


Single Album:
1. Mariana
2. Diana
3. Mariana [minus 1]
4. Diana [minus 1]

Mac Atmosphere
Single Album Launching
"MARIANA"
Tarikh: 29 Jan 2011
Bertempat di: Club CSC, Bukit Btk
Masa: 5ptg-7mlm


Dapat jemputan ke majlis perlancaran Album sorang kenalan rapat ibu baru2 ni, majlis mula jam 5 hingga jam 7mlm, tapi masa ibu sampai dah hampir jam 5 tapi tak mula lagi, mungkin keadaan cuaca hujan lebat buat tamu byk yang sampai lewat 1/2jam kemudian, jadi agak tertunda skit masa majlis tulah, tapi yang penting pada ibu majlis berjalan dengan lancar , persiapan dan hiasa di majlis mac cukup kemas boleh di katakan oklah tu walau pun majlis kecil-kecilan namun yang penting semua berjln dengan baik dan suasana selesa.  Hidangan  makanan yang begitu banyak di kedua belah bilik kiri dan kanan siap tertusun buffet makanan ringan dan berat untuk santapan tamu.  Masa ibu sampai mereka baru nak mula majlis dgn hindangan halwa telinda dari penyanyi jemputa yang hadir pada hari tu, terus terang ibu sukalah kedua penyanyi wanita jemputan ni, suara dorang memang bagus, yang sorang tu unik sekali, nama dia Sheila ibu perhatikan bila dia tarik note tinggi waduhhh urut dada makcik ni dgr :D pendek kata ibu salutlah dia ni walaupun muda dan agak berisi orangnya tapi punya suara dia cukup baik tahniah cik sheila [susah nak dapat bakat macam ni 1dalam seribu].

Berbalik pada majlis perlancaran mac mula naik pentas selepas hampir jam 6.30ptg selepas di temu ramah oleh mc dan pr mac sendiri.  Beliau sampaikan dua buat lagu berjudul MARIANA dan Diana, ibu suka dua2 lagu ni, majlis tamat lebih kurang jam 7.40mlm, ibu cuma nak ucapkan tahniah buat Mac di atas perlancaran album kali ni, moga suksess selalu hendaknya amin.

No comments:

Post a Comment