http://www.inzpire.net
Follow Us On Twitter : @yangseku | @InzpireMusic
RINDU, Rasa yang tidak akan habis, berhenti, untuk mendiami hati hati insane di muka bumi ini.
Begitupula, RINDU kini menghampiri YANGSEKU, Duo Fenty dan Putri, yang telah sukses merelease single religi YA TUHANKU, juli 2011 kemarin.
Rasa RINDU ini lah, yang sangat di pahami YANGSEKU, sebagai sebuah anugerah, yang bukan hanya dirasakan sendiri, tetapi juga akan dibagi, melalui sebuah karya musik, sebuah single terbaru mereka, dengan judul yang sama RINDU.
Bukanlah YANGSEKU, jika RINDU digambarkan, dan dilukiskan biasa saja. Tapi YANGSEKU, dengan sangat paham, akan membagikan rasa RINDU ini, melalui lirik, arrangement, serta video klip, yang akan diharmonisasikan satu dengan yang lainnya.
Di single RINDU, lirik gubahan dari Fenty & Putri , dengan sentuhan arrangement dari mereka. Dan juga pembuat video klip yang akan dibintangi YANGSEKU dengan sosok multitalented asal singapura, Didicazli, akan mampu menyampaikan rasa RINDU yang bukan hanya dirasakan YANGSEKU, tetapi juga pendengar dari single ini.
Jadi, RINDU seperti apa yang akan dihadirkan YANGSEKU?
Apakah RINDU yang tak sampai, RINDU yang menggebu, atau RINDU yang sempurna?,
mari kita nikmati bersama single terabru YANGSEKU.
Bukan HANYA mendengar singlenya, tapi menikmati video klip RINDU, akan membuat
anda, me RASA kan RINDU yang sebenarnya.
Mari me RINDU, dan menyebarkan RINDU bersama YANGSEKU.
Video Interview klik di SINI [sabar menanti yer]
Info lebih lanjut berkenaan yangseku dan juga gambar klik di SINI
ps: Artis Link dari Life Records/Produksi Matahati
Artis : AVARA Feat DIDICAZLI
Single : Hanya Padamu
Release : October 2011
Label : INZPIREMUSIC
http://www.inzpire.net
Follow Us On Twitter : @avaraku | @didicazli | @InzpireMusic
Yang MUda, dan berkarya. Semangat inilah yang selalu menjadi motivasi untuk AVARA untuk selalu berinovasi, dalam bermusik.
Setelah RAMADHAN kemarin, AVARA melempar single HANYA PADAMU, kini, di penghujung 2011, AVARA yang terdiri dari Arjuna ( vocal ), Anjar ( gitar ), Bowo (bass ), dan Hasan ( drum ), siap menutup tahun ini dengan single rearrangement HANYA PADAMU yang akan dibawakan bersama DIDICAZLI.
Talenta dan semangat AVARA, yang akan bertemu dengan talenta dan konsistensi DIDICAZLI, musikus muda asal singapura, dipastikan, akan menjadikan HANYA PADAMU menjadi sebuah single rohani yang membius pencinta musik di indonesia, dan juga regional asia.
HANYA PADAMU, yang beraliran pop listening ini, akan semakin catchy, dengan sentuhan vocal khas didi cazli, serta re arrangement di musiknya, yang dibuat dengan semangat kolaborasi dari DIDICAZLI, dan AVARA.
Kini, mari kita tunggu kehadiran AVARA feat. DIDICAZLI yang akan menambah semarak atmosfer musik indonesia dan juga regional asia tenggara melalu single HANYA PADAMU.
Bukan hanya semangat muda, dan kehausan untuk berkarya, tetapi HANYA PADAMU ini, juga dipersembahkan AVARA dan DIDICAZLI, sebagai sebuah karya yang ditujukan untuk selalu bersyukur atas segala anugerah yang ada.
kita tunggu saja debut kolaboratif apik dua negara, persembahan INZPIREMUSIC ini.
Video Interview Avara bersama dgn Dj Ibumisali
Info lebih lanjut berkenaan Avara dan Didicazli juga gambar klik di SINI ps: Artis Link dari Life Records/Produksi Matahati
Serba sedikit ttg Pasha Ungu info yang ibu temui di internet:
Pasha adalah vokalis band Ungu yang ditubuhkan pada tahun 1996. Pasha bergabung dengan Ungu pada 1999. Pasha sendiri menceburi bidang modeling dan telah muncul di beberapa iklan tv di indonesia, ber mencuba bakatnya dalam drama main sinetron dan bergabung dengan beberapa band sebelum bergabung dengan Ungu.
Tidak banyak yang tahu bahwa Pasha pernah menjadi juara II lomba Adzan se Sulawesi Tengah.Seorang jejaka ternyata pandai mengaji ini sempat kuliah di ABA-ABI sebelum akhirnya memutuskan untuk berhenti kuliah dan memilih berkarir di musik.
a. Interview Khas Pasha Ungu [dari kumpulan Ungu]
a. Dedikasi istemewa Pasha Ungu - istimewa buat Zety Adlynn [malaysia fans]
b. Interview Pasha Ungu khas buat listener di LuahanRasa.FM
Interview Dj Ibumisali bersama Pasha Ung
Jumaat 27 Oct 20011
Di Tristar Hotel, jam 10 pagi
Berjalan dengan lancar antara Dj Ibumisali dan juga Pasha Ungu suatu detik sejarah buat LuahanRasa.FM di beri peluang oleh pihak LifeRecord untuk menemuraha Pasha Ungu seorang penyanyi yang cukup berbakat, Pasha adalah artis yang pertama Dj Ibumisali temuramah buat LR.FM. Di permulaan temubual byk menceritakan berkenaan penglibatan Pasha di dalam dunia musik dan juga bersama dgn kumpulan Ungu, Pasha seorang peria yang sopan tenang agak pendiam menceritakan penaglamannya sesekali sempat mengukir senyuman menceritakan pengalaman beliau itu.
Beberapa soalan telah di ajukan kepada sdr Pasha Ungu dari pihak Radio LuahanRasa.FM dan juga dari Fans pasha dalam contact list dj ibumisali sendiri, soalanya secara ringkasnya :
1. Bila Pasha atau Kumpulan Ungu secara solo nak cuba pasaran Album versi english macam maher zain?
2. Genre Muzik berkumpulan di singapura dan malaysia dah ikut cara pasaran indonesia, apa komen anda? Ikut tren atau strategi pemasan?
3. Pasha dan Ungu tak ada plan ke nak beri peluang bakat-bakat di-Singapura untuk compose lagu untuk Ungu untuk album akan datang?
4. Bidang Lakonan untuk filem n drama spektra.sinetron di indonesia tak nak ke cuba bakat?
5. ada rancangan ke nak publish buku? seperti contoh - nak publish buku biografi untuk Ungu?
6. Compilation/kompilasi album dari Ungu n Karaoke album dalam racangan ke?
7. Ada tak Pasha teringin nak berkolabrasi atau duet? kalau ada dengan artis tempatan atau luarnegara? dan kalau boleh tahu siapa artis tersebut?
8. Dalam kumpulan Ungu, Pasha paling rapat dgn siapa? dan kenapa?
9. Lagu mana yang Pasha paling suka dalam album pasha dan kenapa?
10 Adakah lagu-lagu Pasha di tulis dan di hasilkan sendiri?
11. bila menyanyi apa cabaran terbesar buat Pasha? takut, gementar kalau ada fans yang menjerit-jerit dan serbu ketika pasha buat persembahan dan apa akan pasha lakukan ketika itu?
12. Apakah cabaran besar bila nak mempromosikan setiap album yang di kluarkan atau di hasilkan oleh pasha? apa cabarannya
Request/pertanyaan Fans
a. Zaza Omar - Request lagu dari 'Percaya pada ku' di nyanyikan secara live'
b. Adam Soulman - 'warna pasha Ungu ke?'
c. Bila Pasha nak buat konsert untuk FB fans di singapore?
d. panggilan istemewa dari pasha buat zety adlynn [video di atas]
Beliau juga menceritakan ttg penglibatannya mengurus dan menyediakan lagu buat single album 'Rindu' adik2nya dari kumpulan duet YangSeku ia itu Fenty dan Putri yang secara langsung mempromosikan album dan mengenalkan yangseku kepada peminat di singapura.
* semua permintaan dan soalan yang di ajukan kepada Pasha Ungu di jwb spontan dan semua request buat fans pasha seperti di atas telah di tunaikan dalam bentuk interview secara live dalam video akan di upload nanti sabar ok..
ps: kami bagi pihak LuahanRasa.FM mengucapkan ribuat terima kepada sdr Pasha Ungu yang telah memberikan kerja sama kepaad dj Ibumisali moga Pasha juga kumpulan Ungu akan terus maju jaya hendaknya dan salam sayang dari fans pasha di malaysia dan singapura, dan kami mohon maaf jikalau ada kekurangan dalam video ini dan terima kasih atas sokongan anda.. dgn kan radio LuahanRasa.FM sampai tergolekkk.....
- Dj Ibumisali
Artis Link dari Life Records/Produksi Matahati
Wakil Radio LuahanRasa.FM mesyuarat pihak En. Osman Arrifin dan en Rosley jimaen dari Life Records, terima kasih kepada pihak life records kerna sudi berkerjasama dgn kami di LuahanRasa.FM
Antara kerjasama yang di maksudkan adalah seperti berikut:
a. Membuat promosi berkenaan artis dan juga show [life records] di LR.FM
b. Untuk temuramah artis2 yang di bawa masuk oleh pihak Life records kesingapura, dan life interview untuk radio juga video
c. interaksi khas artis dgn peminat live di chat box luahanrasa.fm [masa dan hari akan di di umumkan nanti
d. pihak life rekords bermurah hati menaja hadiah quiz yang akan di kendali kan oleh pihak Luahanrasa.fm
dan sebagainya.. segala aktiviti akan di kemas kini di blog promo Artis
Ciung Winara adalah anak kelima dalam seramai sembilan adik-beradik. Beliau dilahirkan di kampung Chestnut Avenue batu 9 Bukit Timah Road. Anak berdarah Betawi ini adalah seorang yang tidak banyak bercakap kerana beliau lebih suka merendah diri daripada membangga-banggakan diri tiada mendatangkan faedah. Nauzubillah..dijauhkan.
Ciung Winara atau lebih dikenali sebagai Ciung Winara Singapura lebih dikenali sebagai seorang penyajak & penyair Di Singapura, Malaysia, Brunie dan Indonesia.
Beliau cenderung berkarya dalam genre penulisan berbentuk Sajak dan senikata lagu.Sajak-sajak beliau sering di siarkan di akhbar Berita Harian/ Berita Minggu. Cuma beliau masih belum menerbitkan buku. Insya-Allah sedang diusahakan.
Pada tahun 8o'an dan 90'an beliau begitu aktif berkarya. Menyumbangkan sajak-sajak beliau dengan mendeklamasikannya di radio.Seperti di NTUC Radio Heart 91.3Fm. Di Warna 94.2Fm. dan di radio Ria 89.7 Fm radio MediaCorp.
Ciung Winara kerap kali menerima undangan baca puisi. Seperti acara Bulan Bahasa di kelab-kelab masyarakat. Masjid, Acara jamuan makan malam anjuran Masjid Khadijah. Baca puisi di Masjid An-Na'adha. Membaca puisi dan melagukan puisi di pentas sederhana Perpustakaan Awam Jurong East dalam acara Sahut Puisi. Melagukan lagu-lagu puisi di acara Rentak Puisi anjuran
Kelab masyarakat Dover. Baca puisi dalam acara Pesta Seni Melayu Singapura di Taman Warisan. Baca Puisi NUsantara di Taman Warisan Melayu Singapura Istana Kampung Glam. Membaca puisi dan melagukan puisi dalam acara GIG SASTERA 2011 di Perpustakaan Awam Civic Centre di kawasan Woodlans.
Beliau juga seringkali di undang menyerikan majlis pelancaran buku-buku kumpulan puisi dan cerpen teman-teman penulis. Seperti pelancaran buku "Arus Teater" karya pena Sasterwan Tun Djamal Tukimin. Di pelancaran kumpulan puisi JakaBudi 2009.Di pelancaran kumpulan cerpen Peter Augustine Goh 2011 di perpustakaan awam Bedok. Beliau juga pernah mendeklamasikan sajak-sajak daripada kumpulan buku dan cerpen "Selingkar Kasih" karya bersama Zaleha Isnin, Hartini haron dan Ria Andrianna di perpustakaan awam Jurong East semasa pelancaran Kumpulan Cerpen dan Puisi Selingkar Kasih pada tahun 2008.
Pada tahun 2010, Ciung Winara telah diberikan satu penghormatan oleh Guru-Guru Bahasa Melayu Universiti Singapura. Beliau menerima undangan khas, diminta membaca puisi & watikah buat Sasterawan Negara Pak Suratman Markasan dalam acara Seminar Suratman Markasan dan Pelancaran Buku Puisi-Puisi Perjalanan karya Pak Suratman Markasan pada Sabtu 4 Disember 2010 di Muzium Universiti Kebangsaan Singapura.
Selain membaca puisi, Ciung Winara pernah diundang mengalunkan irama daripada alunan tiupan seruling bambu beliau mengiringi bacaan Watikah oleh Dj Warna 94.2 Fm radio mediaCorp yang tidak asing lagi iaitu Dj A B Shaikh buat President Jamiyyah dalam majlis yang gah sempena menyambut ulangtahun Jamiyyah yang ke 70tahun di Suntec City yang di hadiri oleh para tetamu orang-orang kenamaan dari dalam Negeri dan dari Luar Negeri.
Selain itu juga Ciung Winara Singapura sering juga diundang sebagai juri dan ketua juri disekolah-sekolah menengah di Singapura dalam acara -acara peraduan Talentime & peraduan Puisi Artistik.
Selain bakat Ciung Winara di persada dunia persuratan, beliau juga adalah seorang pemuzik, komposer, penulis senikata lagu, penyusun lagu dan penyanyi dari kumpulan WINARA.
Beliau sudahpun mempunyai 2buah album kompilasi bersama artis-artis baru dan lama. Album kompilasi beliau merupakan album Hari Raya dengan tajuk " Lambaian Lebaran." Dua buah lagu hari raya ciptaan beliau berjudul "Muhibah Hari Raya" dan "Jumpa Di Hari Raya" dimuatkan didalam album tersebut terbitan Klassique Music Publishing. Promosi album Hari Raya ini telah dipersembahkan di Tampiness Courts Mega Store.
Album kedua merupakan album kompilasi dengan barisan artis-artis baru dan lama. Dua buah lagu ciptaan Ciung Winara dengan judulnya " Siapalah Aku Di Matamu" dan 'Selagi Bunga Menyepi" dimuatkan dalam album GEMILANG1 terbitan Klassique Music Publishing. Promosi album GEMILANG 1 telah di persembahkan dalam acara Pameran Pengantin Singapore Expo, Hall 5.